Thursday 18 April 2013

PETUA MERAPATKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI


 

1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.

2. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.

3. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.

4. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.

5. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.




6. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.

7. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.

8. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.

9. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.

10. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan, himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.

11. Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari.

12. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.

13. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.

14. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.

15. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.

16. Solat bersama dan berdoa bersama.

17. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.

18. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

19. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.

20. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.

Ramai lelaki menganggap perkara penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...