Thursday 25 April 2013

Hukum Memejamkan Mata Ketika Solat

Hukumnya terdapat perbezaan ijtihad para ulama, setengahnya mengharuskan dan mengatakannya ia lebih memungkinkan hadirnya khusyu', manakala Imam Ahmad mengatakannya makruh. Beberapa ulama Syafie juga mengatakannya makruh. Imam At-Tohawi al-Hanafi juga menyatakannya sebagai makruh. Demikian juga ditegaskan oleh Imam Al-Kasani al-Hanafi (Al-Majmu' , An-Nawawi, 3/260 ; Bada'i As-Sonai, 1/216)

Selain itu, amalan memejam mata semasa solat juga dilihat sebagai bercanggah dengan beberapa dalil hadith Nabi seperti :-
عن أبي هريرة قال أمر رسول الله بقتل الأسودين في الصلاة الحية والعقرب

Ertinya : "Dari Abu Hurairah r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW mengarahkannya agar membunuh dua binatang hitam walaupun semasa solat, iaitu ular dan kala jengking"

( Riwayat AT-Tirmidzi , 2/234 ; Al-Hakim , 1/386 dan Ibn Hibban 6/115 ; Ibn Khuzaimah, Al-Baihaqi ; Al-Tirmidzi : Hasan Sohih )

Hadith ini memberi indikasi kepada kita bahawa perlu membuka mata jika ingin melaksanakan erti hadith ini. Walaupun dalam konteks zaman sekarang yang amat jarang ditemui ular dan kala di dalam tempat solat. Hadith ini memberi faham kepada kita akan perlunya membuka mata bagi menjaga keselamatan diri semasa solat.

Imam Ibn Qoyyim berkata : "Jika membuka mata tidak mengganggu kekhusyu'kan solat maka ia lebih elok dari pejam. Dan pandangan yang mengatakan elok pejam adalah lebih bertepatan dengan prinsip dan tujuan solat berbanding pandangan yang me"makruh"kannya."[2]. Imam Izz Bin Abd Salam juga berpandangan demikian.[3]

1 comment:

  1. Assalamualaikum..terima kasih diatas perkongsiannya.ilmu yang sgt2 berguna :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...