Saturday 13 April 2013

Kisah Wanita Masuk Islam Melalui You Tube




wanita+masuk+islam


Kisah Wanita Masuk Islam Melalui You Tube | Beberapa tahun terakhir, Nicole mencari kebenaran sejati tentang hakikat kehidupan. Itu dilakukannya setelah merasa kehilangan panduan dalam hidup.

Sebelumnya Dia rajin untuk ke gereja, tetapi ada satu fasa dimana dirinya buntu ketika bercakap tentang syurga dan neraka. Pun ketika berbicara mengenai kehidupan selepas kematian, atau apa yang hendak ia katakan ketika bertemu sang pencipta.

Dia tidak tahu apa yang mesti dibuat. Sederet soalan itu cuba dia hilangkan dengan minum minuman keras. Semakin lama, dia sedar cara yang digunakannya sekarang tidak memberikan penyelesaian.
Sebabnya, dia memerlukan sesuatu untuk berubah. "Lalu teman-teman aku menyarankan mengikuti kuliah yang berbeza iaitu melalui video Youtube. Aku mula melihat, dan mendengar video tersebut," kenang dia, seperti dilaporkan dalam onislam.net.

Ternyata, video yang dia saksikan adalah kuliah tentang Islam. Apabila kerap menyaksikan video tersebut membuatnya mula ketagih.

Dia mengaku bangun tidur pada tengah malam dan berjaga hingga pagi hari hanya untuk melihat video tersebut. Dari video itu, dia menyaksikan ada jawapan yang dicarinya.

"Aku ingin jawapan, aku tidak ingin seseorang memberitahu saya atas apa yang perlu dipercayai," kata dia.

Kesimpulan awal, dia perlu mempelajari Islam. Niat itu dijalankannya dengan baik. Ia mengikuti kelas agama Islam di masjid. Di kelas itu, dia banyak mendapat bimbingan tentang Islam. Tidak lama kemudian, dia melafazkan dua kalimah syahadat.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...