Friday 12 April 2013

Subhanallah! Sungai Terjernih Di Dunia

Ciptaan Allah itu sememangnya indah. Jika di dunia dilihat indah dan cantik, bagaimana pula keindahan di dalam syurga nanti. Menyentuh bab keindahan ini, terdapat sungai Verzasca yang terletak di Switzerland ini dikenali kerana kejernihan airnya yang mengalir dari gunung-ganang yang terletak di Pizzo Barone ke Tasik Maggiore.  Air sungai ini sangat jernih, sehinggakan pada kedalaman 10 meter di dasar sungai, anda masih dapat melihat dengan jelas jambatan yang merentangi sungai ini. Lokasi ini terkenal sebagai kawasan pelancongan untuk aktiviti scuba diving dan bungee jumping.
  



Subhanallah sangat cantik ciptaan Allah SWT ini. Sungai yang mempunyai kejernihan sehingga mencecah kedalaman paras 10 meter. Tentu seronok jika sungai ini berada di negara kita. Kejernihan ini menunjukkan betapa hebatnya kekuasaan Allah SWT.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...