Friday 12 April 2013

Sujud Dalam Solat Cara Rasullulah SAW


Assalammualaikum....w.b.t

Dalam menghasilkan entry nie..kekadang mselim3 sebagai manusia biasa nie. Kekadang kering idea jugak, tetapi atas dasar ingin berkongsi atas ilmu yang ada nie. mselim3 tetap gagahkan dan displin dalam menghasilkan entry yang berkualiti insaallah. Entry yang ingin dan sering dicari orang ramai " Bagaimana sujud cara Rasullulah saw yang betul" . Sebab mselim3 beli buku "Solat Rasullulah" ini kerana mselim3 masa solat Jumaat selalu tengok dan bertanya dalam hati kenapa kita "Solat Berbeza-beza dari segi perbuatan solat , bila bab sujud aje ...tak nak cerita bab lain, sujud nie ada macam2. Ada yang lutut turun dulu ada yang dahi atau tangan turun dulu masa sujud . Jadi mselim3 nak kongsi ilmu nie. Sudi2 lah baca k. Harapan mselim3 agar ilmu yang didapati ini dapat dikongsi dan diwawarkan dan seringlah berkongsi ilmu dengan blogger2 yang lain k. "HIDUP INI ADALAH MEMBERI".
---------------------------------------------------------------------------------


Sujud selesai i'tidal, Rasullulah saw pun menurunkan tubuhnya ke tanah untuk melakukan sujud. Tidak ada keterangan bahawa baginda menangkat kedua belah tangannya ke paras bahunya sambil bertakbir untuk sujud. 

Untuk memulakan sujud, baginda meletakkan kedua belah lututnya lebih dahulu ke lantai sebelum meletakkan kedua belah tangannya (dalam riwayat lain baginda pernah juga melakukan sebaliknya). 

Baginda merenggangkan kedua-dua sikunya daripada pinggangnya dan paha dari betisnya. 

Dalam sujudnya baginda meletakkan kedua belah tangannya rapat ke lantai sambil merapatkan jari-jemarinya menghadap ke arah kiblat. 

Sujud dilakukan dengan melekapkan tujuh anggota tubuh ke tanah atau ke lantai sementara seluruh tubuh masih menghadap ke kiblat. 

Menurut Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, 
Rasullulah saw bersabda : 
"Aku disuruh sujud dengan tujuh anggota : Dahi,2 telapak tangan, 2 lutut dan 2 hujung jari kedua belah kaki." 

Dalam Hadis lain riwayat Ibnu Hibban , Rasullulah saw bersabda : 
"Apabila kamu sujud letakkanlah dahimu dan janganlah kamu ikut seperti kelakuan ayam. " 

Hadis ini menjelaskan bahawa sujud yang sempurna bukanlah dengan hanya mencecahkan dahi sedikit ke tanah dan kemudian mengangkatnya kembali seperti perbuatan ayam yang mematuk tanah. 

Sebaliknya seluruh anggota sujud yang 7 itu, hendaklah dilekapkan sebati ke tanah dan kekal dalam keadaan itu seketika (toma'ninah) sambil musalli mengucapkan tasbih seperti tasbih yang diucapkan Nabi saw . 

Dalam hadis lain riwayat Muslim,Abu Daud dan Nasaai bahawa hidung dikira sebagai satu anggota sujud selain dari 2 tangan,2 lutut dan 2 hujung kaki. 

Kenyataan mengenai hidung ini juga disebut dalam Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah dan Al-Tirmizi dari Abu Humaid. 

Tasbih Sujud 

Rasullulah saw mengucapkan tasbih dalam sujudnya dan mengulang ucapan tasbih itu 3 kali. Bacaan tasbih yang sering diucapkan oleh Rasullulah saw dalam sujudnya ialah : 


"Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi" 




Kekadang baginda membaca :


"Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi Segala Puji-Nya" 

Dan juga : 


"Maha Suci Engkau Ya Allah Dengan Segala Puji-Mu .Ya Allah ampunilah aku." 

Menurut riwayat yang sah , Rasullulah saw sering memanjangkan masa sujudnya untuk berdoa sambil membaca tasbih. 

Dalam suatu hadis riwayat Imam Ahmad dan Muslim, Rasullulah saw bersabda : 
"Saat yang paling bagi seorang hamba untuk berada disamping Tuhannya ialah ketika ia sujud . Dari itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa ketika sujud."

Sabdanya lagi: 
"Ketahuilah bahawa saya melarang membaca quran di waktu rukuk dan sujud. Maka pada waktu rukuk hendaklah kamu membesarkan Tuhan , dan waktu sujud sunguh-sunguhlah berdoa kerana besar kemungkinan akan dimakbulkan Allah."

Sabdanya lagi: 
"Banyakkanlah berdoa ketika sujud kerana doa di dalam sujud lebih dimakbulkan untuk kamu." 
(Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud dari Abu Hurairah) 

Diantara doa-doa yang dibaca oleh nabi saw dalam sujudnya ialah :  


Dimasa lain Rasullulah saw berdoa : 
"Ya Allah jadikanlah dalam hatiku cahaya, pada pendengaranku cahaya,disebelah kananku cahaya,disebelah kiriku cahaya,dihadapanku cahaya,dibelakangku cahayaku,disebelah atasku cahaya,dibawahku cahaya,dan jadikanlah aku cahaya (atau berilah aku cahaya)."

Menurut Imam Nawawi yang dimaksudkan dengan kata"cahaya dalam hadis ini ialah petunjuk atau hidayah Allah. 

Menurut Hadis Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Abu Daud,Muslim dan Al-Hakim: Rasullulah saw berdoa,

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...