Sunday 21 April 2013

PERILAKU ORANG-ORANG YANG MEMILIKI SIFAT TAWADHU'



Syukur ke Hadrat Ilahi kerana masih memberikan aku ruang dan peluang untuk hidup
 di dunia ini. Moga segala apa yang aku lakukan dalam hidup ini mendapat keredhaan 
dari-NYA serta tidak memberi mudharat pada diri manusia yang lain. Moga ALLAH permudahkan. 

Berbalik kepada tajuk utama iaitu mengenai sifat tawadhu'. Satu sifat yang 
sangat-sangat mulia dan merupakan salah satu sifat yang amat sukar sekali 
untuk dimiliki. Pecaya atau tidak, perkara tersebut memang tidak dapat diakui lagi. 
Aku sendiri merasa teramatlah sukar untuk memahat apatah lagi menyemai subur
 sifat ini dalam diri
. Namun, itu bukanlah alasan yang baik untuk kita mengatakan bahawa sifat ini mustahil 
untuk dimiliki. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Untuk mendidik diri agar memiliki sifat rendah diri ini bukanlah satu perkara yang
 mudah untuk dilakukan terutama sekali bila berdepan dengan mereka yang kita rasakan 
lebih rendah ilmu atau pangkat dari kita. Dunia..dunia..dengan golongan yang hebat-hebat
 tahu pulak kita nak merendahkan diri serendah-rendahnya kerana merasa kekurangan pada diri
. Padahal perkara tersebut tak seharusnya terjadi kerana kita semua sedia maklum
 bahawa ALLAH SWT tidak memandang kepada pangkat dan darjat. Yang terbaik disisi
 ALLAH itu adalah mereka yang sempurna amal ibadahnya. Tetapi mengapa perasaan
 sombong dan bangga diri tu tetap wujud dalam hati. Mengapa??

Sifat merendah diri ialah suatu sifat yang mengakui kebenaran dan menerima kebenaran 
tersebut, tiada rasa sombong dengan segala yg ada pada dirinya dan merasa rela hati
 kerana dapat menerima kebenaran/pandangan tidak kira daripada sesiapa pun.
 Ianya terhasil daripada kemanisan iman.


Sebelum itu mari kita lihat beberapa pandangan ulama' berkaitan sifat tawadhu' ini:
  • Bersikap tenang, sederhana dan sungguh-sungguh serta menjauhi perbuatan
  •  takabbur (sombong). Tawadhuk adalah satu sifat orang mukmin yang termasuk 'siddiq
  • Orang yang patuh dan taat menerima yang benar serta menerima kebenaran itu 
  • walau dari sesiapa pun.
  • Tidak pernah menganggap dirinya lebih tinggi dari orang lain. Orang yang yang 
  • tidak pernah mendabik dada, orang yang bersifat lemah lembut dan hormat pada
  •  sesiapa pun, meskipun orang yang miskin dan tidak berpangkat.
  • Mempunyai sifat yang tegas, hanya 'menerima yang hak dan menolak yang batil'.
  • Mempunyai satu tekad kesungguhan dalam mencapai yang benar.



Firman ALLAH SWT:
"Dan Hamba-hamba Allah yang Maha Penyayang, ia lah orang yang berjalan di

atas muka Bumi dengan rendah hati, dan apabila orang-orang jahil mengajak

bertengkar dengan mereka, mereka balas dengan ucapan-ucapan bijaksana." (Q.S Al Furqan: 63)

Antara perilaku orang yang memiliki sifat tawadhu' ialah:

  • Mudah menerima pandangan orang lain biarpun dia juga ada pandangannya sendiri
  •  Dia tidak mempunyai apa-apa masalah dalam menerima pandangan orang yang
  •  lebih muda daripadanya ataupun orang yang lebih rendah pangkat daripadanya.
  • Sabar dalam perbincangan, tidak mudah marah atau emosional, lebih menjaga 
  • suasana harmoni dalam perbincangan tersebut daripada bertegang leher dengan rakan-rakannya.
  • Tidak memilih-milih kawan, boleh bergaul dengan semua orang, tidak kira samada
  •  orang bawahan atau orang atasan, kaya atau miskin, sihat atau sakit. Malah,
  •  boleh duduk bermesra dalam satu majlis dengan orang yang pernah mengkritiknya.
  • Saling hormat menghormati, sekiranya berjawatan, ia menghormati orang
  •  bawahannya. sekiranya kaya, ia sangat memuliakan orang yang fakir dan miskin. 
  • Tidak timbul baginya yang dia miliki kelas tersendiri.
  • Dalam pergaulan, lebih suka menjadi pendengar dan hanya akan bercakap bila
  •  perlu sahaja, tidak sewenang-wenangnya akan memotong percakapan orang
  •  sebaliknya memberi peluang orang itu menghabiskan percakapannya.
  • Dalam majlis, jika ada sesuatu kebenaran yang hendak diperkatakan, 
  • suka kebenaran itu keluar daripada mulut orang lain. Lebih-lebih lagi, jika ada orang
  •  yang lebih berpengalaman atau berilmu daripadanya dalam majlis itu.
  • Kalau diminta memberi pendapat dan pendapatnya diterima orang, tidak mendabik 
  • dada sebaliknya bersyukur kepada Tuhan. Jika pendapatnya ditolak, lapang dada dan 
  • tidak berkecil hati.
  • Mudah memberi maaf kepada orang yang tersilap dengannya. Dia tidak mudah memarahi
  •  atau menghina orang tersebut.
  • Segera meminta maaf jika berlaku kesilapan daripadanya sekalipun kepada orang yang 
  • lebih rendah daripadanya dari segi jawatan atau umur.
  • Tidak minta dihormati atau dimuliakan atas kedudukannya. Jauh sekali berkecil hati
  •  jika tidak dihormati atau dimuliakan. Namun dia menerima dengan baik orang-orang
  •  yang mahu menghormati dan memuliakannya.
  • Tidak meninggi diri dengan menceritakan kelebihan yang ada pada dirinya. Sebaliknya 
  • dia lebih suka menceritakan kebaikan orang lain sebagai teladan.

ALLAH SWT berfirman:
"Dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu yaitu

orang-orang yang beriman." (Asy-Syu’ara: 215).
Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku agar kalian merendahkan diri
 sehingga seseorang tidak menyombongkan diri atas yang lain dan tidak berbuat zhalim atas yang lain
." (Shahih, HR Muslim no. 2588).

Kalau anda semua berkeinginan tinggi untuk memiliki sifat tawadhu' ini
. Siapakah yang akan menjadi ikutan dan idola anda. Siapa??
Siapakah manusia yang paling tinggi sifat tawadhu'nya?
Sudah tentulah Nabi Muhammad SAW. Terdapat banyak firman serta hadith berkaitan

 dengan sifat merendah diri ini.

Firman ALLAH SWT:
"Sungguh telah ada bagi kalian pada diri Rasul teladan yang baik." (Al-Ahzab: 21) 
http://4.bp.blogspot.com/-JfEIxcwiVmw/UXNO1mRCg2I/AAAAAAAACJc/-wHeCUiLuJ4/s1600/01+Furqan+63.JPG
credit to GOOGLE


p/s: kita telah mempunyai sebaik-baik ikutan iaitu Nabi Muhammad SAW.
 Sekarang terpulanglah pada diri masing-masing untuk memilih jalan hidup yang diingini

. Fikir-fikirkanlah tentang jalan mana yang ingin anda ambil.... 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...